Welcome

Sejarah SMKBBB

|
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari dibina di bawah rancangan Malaysia Ketiga dalam Rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1979 dan pembinaannya siap dengan sempurna pada tahun 1982. Sekolah ini telah mula beroperasi pada 1 Disember 1982 dan 10 Disember 1982 merupakan tarikh penyerahan sekolah ini. Pengambilan pelajar baru telah dimulakan pada 1 Januari 1983. Projek Pembinaan Sekolah ini menelan belanja sebanyak RM 1,032,250.00. Kerja-kerja pembinaan telah dijalankan oleh sebuah Syarikat Pemborong Bumiputera, Syarikat Perniagaan ' Jaya Setia '. Pengurusnya ialah Encik Ibrahim bin Ahmad. Pengetua pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari ialah Tuan Haji Zubir bin Haji Sahil, PJK. Beliau bersama sepuluh orang guru yang lain merupakan pengasas sekolah ini. Beliau yang dilahirkan pada 9 Januari 1936,berasal dari Kampung Pulau Bukit, Negeri Sembilan, memulakan kariernya sebagai guru bermula pada tahun 1952. Beliau juga merupakan seorang penuntut lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), Bangi. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Convent, Kajang. Detik bersejarah bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari adalah 15 Oktober 1990 di mana Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari telah dirasmikan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir dalam upacara perasmian ialah Menteri Besar Selangor, Dato' Sri Mohammad bin Mohammad Taib. Pada 31 Julai 1993, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Bestari dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd. Said bin Haji Mohd. Rani, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Darul Ehsan dan menyambut ulangtahun yang ke sepuluh. Sepuluh guru lain yang berpengalaman bersama Tuan Haji Zubir bin Haji Sahil mengasaskan sekolah ini
Pengurusan Kutipan Bandar Baru Bangi.

*Pengetua: Pn,Faridah bt. Ahmad
*Penolong Kanan: Pn.Zaini bt.Adam
*Penolong Kanan HEM: Pn.Noor Hayati bt. Ismail
*Penolong Kanan Kokurikulum: Pn.Salinah bt.Kassim
*Penolong Kanan Petang: Pn.Hasiah bt.Iskak
*Penyelaras Tingkatan   1: Pn.Noorhidayah bt.Abd Haliff
*Penyelaras Tingkatan   2: Pn.Mariyaton bt.Mohd Idris
*Penyelaras Tingkatan   3: Pn.Normah bt.Mohamad
*Penyelaras Tingkatan   4: Pn Rosiah bt.Ariffin
*Penyelaras Tingkatan   5: Pn.Zaidah bt.Shamsudin

Click Here

AMAN MUSIC PLAYER BY (MIXpOD)

TIME!


Get your own Digital Clock